DAJJAL ADALAH MANUSIA BIASA
Siapakah Dajjal Yang Sebenar? (Part 1)
Rasulullah saw bersabda:
“Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Parsi dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Rom dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” (Muslim).
❖ Sejarah membuktikan bahawa peperangan umat Islam dengan bangsa Arab jahiliyah, Persia dan Rom, dan kemenangan sememangnya berpihak kepada umat Islam.
❖ Namun timbul pertanyaan, apakah buktinya berperang dengan Dajjal kemenangan telah berpihak kepada umat Islam, pada hal Dajjal belum turun lagi?
Rasulullah saw bersabda:
“Apabila ia (Dajjal) muncul dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan dalil dan apabila ia muncul sedangkan aku tidak ada di tengah-tengah kamu hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia” (HR Ath-Thabrani dalam Al-Kabir, Ibnu Asakir dari Hadhrat Abdur-Rahman bin Jabir ibnu Nufair r.h. dari ayahnya dari kakeknya; dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38790).
❖ Peperangan di antara umat Islam dan Dajjal bukan secara fizikal. Peperangan adalah spiritual, lebih sesuai difahami sebagai peperangan “HUJAH dan PENA” sebab Rasulullah saw mengatakan Dajjal boleh dikalahkan dengan DALIL.
❖ Kesimpulannya, umat Islam bersama Imam Mahdi yang dijanjikan di akhir zaman akan memerangi Dajjal dengan dalil Al Qur’an dan menyebarkan dengan meluas tulisan-tulisan berkaitan dengan ketauhidan Allah swt serta keindahan Al Qur’an dan akhlak suci Rasulullah saw – Peperangn HUJAH & PENA.
Ulasan
Catat Ulasan