Langkau ke kandungan utama

Part 2: Menjawab Tuduhan Yang Dilemparkan Oleh Umat Kristian Terhadap Nabi Muhammad SAW.



MENJAWAB TUDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH UMAT KRISTIAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW

TUDUHAN:
1. Muhammad saw tidak tercatit dalam sejarah.
2. Muhammad saw adalah Nabi Palsu.
3. Muhammad saw menciplak Bible untuk menghasilkan Alqruan.
4. Muhammad saw mempromosi kezaliman.
5. Muhammad saw banyak melakukan kesalahan yang memalukan termasuklah mengawini anak di bawah umur dan anak menantunya, mempunyai ramai Isteri dan lain-lain.

JAWAPAN – PART 2
Oleh :
Miljuan Hadjiran
Jemaah Muslim Ahmadiyah

NABI MUHAMMAD (SAW) DALAM KITAB SUCI AGAMA YAHUDI DAN AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian tidak ada dan tidak pernah diajarkan oleh Jesus semasa hidupnya kerana Jesus datang bukan untuk merubah hukum Taurat sepertimana dalam Matius 5 : 17 -18, “Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.” Bermakna Jesus berhukum kepada kitab Nabi Musa as iaitu Kitab Taurat. Walaubagaimanapun akan disentuh kedua-duanya iaitu Pejanjian Lama  dan Perjanjian Baru, di mana Nabi Muhammad saw dirakamkan namanya.

Saudara dari umat Kristian pasti mengetahui bahawa ada dua personaliti agung yang mesti dikaitkan dengan kemunculan agama Islam dan agama Yahudi bersama agama Kristian. Dua personaliti ini adalah dua orang putera Abraham iaitu Ishak dan Ismail. Bangsa Israil muncul dari keturunan Ishak dan bangsa Arab adalah muncul dari keturunan Ismail. Dari bangsa Israil lahirlah Nabi Musa as dan Jesus (Nabi Isa as) dan dari bangsa Arab lahirlah Nabi Muhammad saw.

APA BUKTINYA? – teruskan membaca...

JANJI-JANJI TUHAN KEPADA ABRAHAM
Perjanjian Lama mengesahkan bahawa Tuhan membuat banyak janji kepada Abraham. Beliau dilahirkan di Ur, Chaldees . Dari sana ia berhijrah bersama ayahnya ke Kanaan, dalam perjalan itu Bapanya berhenti di Haran dan meninggal di sana. Setelah kematian bapanya Abraham telah diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan Haran dan pergi ke Kanaan dan Allah memberi wahyu kepadanya:
Kejadian 12:2-3
Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar, dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur; dan engkau akan menjadi berkat. Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau, dan olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat.
Dalam Kejadian 15 : 1-6 Abraham menunjukkan kesedihan dan kekecewaan kerana tidak mempunyai waris (anak lelaki). Kekecewaannya walaubagaimanapun tidak menjejaskan ketaatannya kepada Allah. Ini ditunjukkan oleh kesediaannya untuk mempertimbangkan anak yang dilahirkan oleh Eliezer, pelayan rumahnya di Damsyik, sebagai pewaris beliau. Tuhan memberitahu Abraham bahawa anak pelayannya tidak boleh menjadi ahli warisnya.

Kejadian 15 : 1-5
Setelah itu, Abram menerima penglihatan dan mendengar Tuhan berkata kepadanya, “Jangan takut, Abram, Aku akan melindungi engkau dari bahaya, dan memberikan kepadamu upah yang besar.”
Tetapi Abram berkata, “Tuhan Yang Mahatinggi, Tuhan tidak memberikan anak kepada saya. Orang yang akan mewarisi harta saya hanyalah Eliezer, hamba saya dari Damsyik. Jadi apa gunanya Tuhan memberi upah kepada saya?”
Kemudian Abram mendengar Tuhan berkata lagi kepadanya, “Bukan hambamu yang akan menjadi ahli warismu, melainkan anak laki-lakimu sendiri.” Tuhan membawa Abram ke luar lalu berkata kepadanya, “Pandanglah langit, dan cobalah menghitung bintang-bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang-bintang itu.”


ABRAM BERKAHWIN DENGAN HAGAR – ANAKNYA ISMAIL
Kejadian 16 : 1-4
Sarai, istri Abram, belum juga mendapat anak. Tetapi ia mempunyai seorang hamba dari Mesir, seorang gadis yang bernama Hagar. Sarai berkata kepada Abram, “Tuhan tidak memungkinkan saya melahirkan anak. Sebab itu, sebaiknya engkau tidur dengan hamba saya ini. Barangkali dia dapat melahirkan anak untuk saya.” Abram setuju dengan usul Sarai. Demikianlah Sarai memberikan Hagar kepada Abram untuk dijadikan selir. Pada waktu itu Abram sudah sepuluh tahun di Kanaan. Abram tidur dengan Hagar, lalu mengandunglah wanita itu. Tetapi ketika Hagar tahu bahwa ia hamil, ia menjadi sombong dan meremehkan Sarai.

Kejadian 16 : 11
Selanjutnya kata Malaikat TUHAN itu kepadanya: "Engkau mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan akan menamainya Ismael, sebab TUHAN telah mendengar tentang penindasan atasmu itu.


JANJI MENDAPAT ANAK DENGAN SARAH – ANAKNYA ISHAK
Kemudian dalam Kejadian 17 ayat 16, selepas kelahiran Ismail, Allah menjanjikan satu lagi anak kepada Abraham, tetapi ini dari isteri pertamanya Sarah.

Kejadian 17 : 16
Aku akan memberkatinya dan ia akan melahirkan seorang anak laki-laki yang akan Kuberikan kepadamu. Ya, Aku akan memberkati Sara, dan ia akan menjadi ibu leluhur bangsa-bangsa. Di antara keturunannya akan ada raja-raja.”

Kejadian 17 : 19
Tetapi Allah berfirman: "Tidak, melainkan isterimu Saralah yang akan melahirkan anak laki-laki bagimu, dan engkau akan menamai dia Ishak dan Aku akan mengadakan perjanjian-Ku dengan dia menjadi perjanjian yang kekal untuk keturunannya.

Kejadian 17:2-26
Aku akan mengikat perjanjian denganmu dan memberikan kepadamu keturunan yang banyak.” Lalu sujudlah Abram, kemudian Allah berkata, “Inilah perjanjian yang Kubuat dengan engkau: Aku berjanji bahwa engkau akan menjadi bapak leluhur banyak bangsa. Oleh karena itu namamu bukan lagi Abram, melainkan Abraham.   Aku akan memberikan kepadamu banyak anak cucu, dan di antara mereka akan ada yang menjadi raja-raja. Keturunanmu akan begitu banyak, sehingga mereka akan menjadi bangsa-bangsa.
Aku akan memenuhi janji-Ku kepadamu dan kepada keturunanmu, turun-temurun, dan perjanjian itu kekal. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu.  Aku akan memberikan kepadamu dan kepada keturunanmu, tanah ini, yang sekarang engkau diami sebagai orang asing. Seluruh tanah Kanaan akan menjadi milik anak cucumu untuk selama-lamanya dan Aku akan menjadi Allah mereka.”
Allah berkata lagi kepada Abraham, “Engkau pun harus setia kepada perjanjian ini, baik engkau maupun keturunanmu turun-temurun. Engkau dan semua keturunanmu yang laki-laki harus disunat.  Mulai dari sekarang engkau harus menyunatkan setiap bayi laki-laki yang berumur delapan hari, termasuk para hamba yang lahir di rumahmu atau yang kaubeli. Sunat itu akan menjadi tanda dari perjanjian antara Aku dan kamu. Setiap orang harus disunat, dan itu akan menjadi tanda lahiriah yang menunjukkan bahwa perjanjian-Ku denganmu itu kekal. Setiap laki-laki yang tidak disunat tidak lagi dianggap anggota umat-Ku karena ia tidak berpegang pada perjanjian itu.”
Kemudian Allah berkata kepada Abraham, “Engkau jangan lagi memanggil istrimu Sarai; mulai sekarang namanya Sara. Aku akan memberkatinya dan ia akan melahirkan seorang anak laki-laki yang akan Kuberikan kepadamu. Ya, Aku akan memberkati Sara, dan ia akan menjadi ibu leluhur bangsa-bangsa. Di antara keturunannya akan ada raja-raja.”
Lalu sujudlah Abraham, tetapi ia tertawa ketika berpikir, “Mana mungkin seorang laki-laki yang sudah berumur seratus tahun mendapat anak? Mana mungkin Sara melahirkan pada usia sembilan puluh tahun?” Lalu berkatalah ia kepada Allah, “Sebaiknya Ismail saja yang menjadi ahli waris saya.”
Tetapi Allah berkata, “Tidak. Sara istrimu akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakannya ISHAK. Aku akan setia kepada perjanjian-Ku dengan anak itu dan dengan keturunannya untuk selama-lamanya. Perjanjian itu kekal. Tetapi Aku mengabulkan juga permohonanmu mengenai ISMAIL. Karena itu dia akan Ku berkati dan Ku beri keturunan yang banyak. Ia akan menjadi leluhur dua belas kepala suku, dan keturunannya akan Kujadikan suatu bangsa yang besar. Tetapi perjanjian-Ku akan Ku ikat dengan Ishak, anakmu yang akan dilahirkan oleh Sara, tahun depan kira-kira pada waktu seperti ini.” Setelah selesai berkata begitu, Allah meninggalkan Abraham.
Pada hari itu juga, Abraham mentaati Allah dan MENYUNATKAN ISMAIL anaknya, dan semua orang laki-laki dalam rumahnya, termasuk para hamba yang lahir dalam rumahnya maupun yang dibelinya. Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika ia disunat dan Ismail anaknya, berumur tiga belas tahun. Mereka disunat pada hari yang sama.
Petikan-petikan di atas menegaskan janji Allah kepada Abraham bahawa Dia akan menjadikan dia bapa kepada banyak bangsa-bangsa yang besar. Allah juga telah mewujudkan perjanjian yang kekal dengan Abraham bahawa tanah Canaan (Perjanjian Tanah), akan diberi menjadi milik sampai selama-lamanya kepada anak cucu Abraham. Allah juga telah meminta Abraham dan keturunannya untuk menghormati peranan mereka terhadap perjanjian itu bahawa semua laki-laki di antara mereka wajib disunat. Amalan ini mesti diteruskan selama-lamanya Allah juga menegaskan bahawa mana-mana lelaki yang tidak bersunat akan dilenyapkan dari janji-Nya kerana mereka dianggap telah melanggar bahagian mereka daripada perjanjian itu.
Ayat di atas juga menetapkan bahawa Ismail adalah anak sulung kepada Ibrahim dari isterinya Hagar dan bahawa Ismail adalah kira-kira 14 tahun lebih tua daripada anaknya yang kedua Ishak yang dilahirkan dari isterinya Sarah. Daripada ayat ini juga dapat diketahui bahawa Ismail adalah salah seorang kanak-kanak lelaki yang pertama atau jika bukan yang pertama tetapi adalah anak lelaki yang pertama disunat bersama-sama dengan Abraham sendiri. Pada ketika itu, Abraham berumur 99 tahun. Allah juga berjanji untuk memberkati Ismail kerana hasil daripada doa Abraham.Sesuai dengan janji Allah, daripada keturunan Ismail akan lahirkan dua belas raja dan daripada keturunannya akan dibuat menjadi bangsa yang besar. Tuhan juga berjanji bahawa Ishak juga akan diberkati dan dari keturunannya akan lahir dua belas raja dan keturunannya juga akan menjadi bangsa yang besar. Dua belas keturunan Ishak dikenali sebagai dua belas suku Israel.

Direkodkan juga tentang anugerah Allah iaitu tanah yang dijanjikan kepada Abraham seperti di bawah:

Kejadian 13 : 15 - 17
Aku akan memberikan kepadamu dan kepada keturunanmu seluruh tanah yang engkau lihat itu supaya menjadi milikmu selama-lamanya.  Aku akan memberikan kepadamu keturunan yang sangat banyak, sehingga tak seorang pun sanggup menghitung mereka. Sebagaimana orang tak dapat menghitung debu di tanah, demikian juga keturunanmu tidak akan dapat dihitung. Sekarang, jelajahilah seluruh tanah ini, sebab Aku akan memberikannya kepadamu.”

Walaubagaimanapun perjanjian ini adalah bersyarat, selain syarat mengenai semua lelaki mestilah disunat, terdapat lagi lapan syarat lain seperti dalam ayat di bawah:
Mazmur 37:27-29
Jauhilah yang jahat dan lakukanlah yang baik, maka engkau akan tetap tinggal untuk selama-lamanya; sebab TUHAN mencintai hukum, dan Ia tidak meninggalkan orang-orang yang dikasihi-Nya. Sampai selama-lamanya mereka akan terpelihara, tetapi anak cucu orang-orang fasik akan dilenyapkan. Orang-orang benar akan mewarisi negeri a  dan tinggal di sana senantiasa.

Alkitab seterusnya merekodkan janji-janji Tuhan mengenai Ismail sepertimana dalam ayat di bawah:

Kejadian 21 : 13
Tetapi keturunan dari hambamu itu juga akan Ku buat menjadi suatu bangsa, karena diapun anakmu.

Alkitab terus mencatatkan janji-janji Allah kepada Hagar mengenai Ismail dan kemakmuran kesejahteraan.

Kejadian 21 : 14 - 21
Keesokan harinya pagi-pagi Abraham mengambil roti serta sekirbat air dan memberikannya kepada Hagar. Ia meletakkan itu beserta anaknya di atas bahu Hagar, kemudian disuruhnyalah perempuan itu pergi. Maka pergilah Hagar dan mengembara di padang gurun Bersyeba. Ketika air yang dikirbat itu habis, dibuangnyalah anak itu ke bawah semak-semak, dan ia duduk agak jauh, kira-kira  sepemanah jauhnya, sebab katanya: "Tidak tahan aku melihat anak itu mati." Sedang ia duduk di situ, menangislah ia dengan suara nyaring. Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar." Lalu Allah membuka mata Hagar, sehingga ia melihat sebuah sumur; ia pergi mengisi kirbatnya dengan air, kemudian diberinya anak itu minum. Allah menyertai anak itu, sehingga ia bertambah besar; ia menetap di padang gurun dan menjadi seorang pemanah. Maka tinggallah ia di padang gurun PARAN, dan ibunya mengambil seorang isteri baginya dari tanah Mesir.

Petikan-petikan Alkitab di atas menunjukkan yang berikut:
1. Abraham mempunyai dua anak di mana Allah membuat perjanjian mengenai keturunan keduanya akan menjadi bangsa yang besar. Anak yang tua ialah Ismail dan Ishak adalah adik kepada Ismail.
2. Allah berjanji kepada Abraham bahawa Allah akan menjadikan keduanya berkembang-biak dan memberkati keturunan bagi kedua-duanya.
3. Ismail tinggal di padang gurun Paran.
4. Tanah Kanaan telah diberikan kepada anak keturunan Abraham.
5. Syarat perjanjian Allah dengan Abraham adalah semua lelaki mesti DISUNAT dan  perjanjian mesti dilaksanakan sepanjang masa.

Semua janji-janji ini telah berlaku sepenuhnya. Keturunan Ishak  berkembang dengan banyaknya di mana di antaranya lahir para nabi seperti Musa, Daud, Yehezkiel, Daniel dan Yesus. Selama 2,000 tahun keturunan Ishak memerintah Kanaan. Pengaruh mereka ke atas tanah Kanaan tidak pernah hilang meskipun pernah dalam masa yang singkat ia menjadi lemah. Namun selepas abad ketujuh A.D, anak keturunan Ishak terpaksa mengundurkan diri dari tanah Kanaan dan  sebaliknya keturunan Ismail telah mengambil alih samada dari segi pimpinan politik atau kerohanian. Perkara ini membuktikan anak keturunan Ishak telah gagal memelihara perjanjian dengan Allah iaitu perjanjian yang pernah dimetrai di antara Allah dan Abraham. Perjanjian itu adalah bahawa anak keturunan Ishak iaitu lebih dikenali sebagai Bani  Israil akan terus memiliki tanah Kanaan sehingga hari terakhir dan perjanjian ini terbukti benar. Sehingga hari terakhir tidaklah bermakna hari kiamat tetapi memberi makna syariat nabi Musa as digantikan dengan syariat baru. Dalam bahasa wahyu Ilahi munculnya syariat baru sering digambarkan sebagai langit baru dan bumi baru. Apabila turun syariat baru maka tidak dapat dielakan berlaku pergolakan dahsyat dalam kalangan  umat manusia di sebabkan penolakan terhadap syariat baru tersebut. Oleh itu apabila ramalan itu berkata bahawa anak-anak Israel akan mengekalkan pegangan mereka ke atas tanah Kanaan sehingga hari akhirat, ianya bermakna bahawa kedudukan mereka akan berterusan sehingga kedatangan seorang Nabi dengan syariat baru. Perjanjian yang terkandung dalam Kejadian bahawa Israel akan terus memiliki Kanaan sehingga hari akhirat dinyatakan dalam ayat di bawah:

Mazmur 37 : 29
Orang-orang benar akan mewarisi negeri dan tinggal di sana senantiasa.

Janji pemilikan kekal ke atas tanah Kanaan bukan untuk Bani Israil tetapi untuk anak keturunan Abaraham yang beriman dan beramal saleh. Keturunan Ishak gagal memelihara perjanjian Abraham dengan Allah. Oleh itu Allah menarik balik nikmat-Nya dari anak keturunan Ishak dan Allah memberikannya pula kepada anak keturunan Ismail. Tanah Kanaan (Palestin) yang dijanjikan itu adalah diperuntukan kepada mereka yang berpegang teguh kepada perjanjian yang dibuat di antara Abraham dengan Allah. UMAT KRISTIAN MENDAKWA MEREKA MEMENUHI PERJANJIAN TERSEBUT TETAPI MEREKA LUPA DI MANA SYARAT PERJANJIAN YANG MENGGARISKAN BAHAWA SEMUA LELAKI MESTILAH DISUNAT. Apakah umat Kristian mengamalkan sunat atas dasar ketetapan hukum agama?
Hanya anak keturunan Ismail yang terus memelihara perjanjian di antara Abraham dan Allah semenjak Al Quran diwahyukan. Allah berjanji untuk memberkati keturunan Ishak dan Ismail dan dalam perjajian itu anak ketururan Ishak akan terus berkuasa di tanah Kanaan sehingga hari terakhir iaitu hari ketika HUKU SYARIAT BARU yakni SYARIAT ISLAM diturunkan. Manakala anak keturunan Ismail menguasai tanah Arabia.

NUBUATAN ALKITAB TENTANG GURU UNIVERSAL
Alkitab memberikan nubuatan mengenai kedatangan seorang nabi baru dengan syariat baru. Kedatangan seorang guru universal sesudah Nabi Musa as telah dinubuatkan dalam kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru.

Ramalan penting dari kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru akan dianalisa dan bukti-bukti menyokong analisa ini akan diambil daripada kitab-kitab dan  kejadian-kejadian yang bekaitan.

NUBUATAN DALAM PERJANJIAN LAMA
Kemunculan seorang guru universal dengan syariat baru sesudah Nabi Musa as dinubuatkan dalam kitab berikut:
1. Ulangan
2. Habakuk
3. Kidung Agung

NUBUATAN DALAM ULANGAN
Apabila Nabi Musa as di atas perintah Allah pergi ke gunung Horeb maka dia menyeru kepada bangsa Israil:

Ulangan 18 : 15
Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu; dialah yang harus kamu dengarkan.

Seruan ini diulang semula dalam kitab yang sama di mana Allah berfirma kepada Nabi Musa as.

Ulangan 18 : 18 - 20
Seorang nabi  akan Ku bangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku perintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Ku tuntut pertanggungjawaban. Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Ku perintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama Allah lain, nabi itu harus mati.

Berdasarkan kepada ayat di atas adalah jelas bahawa Nabi Musa as telah menubuatkan kedatangan seorang Nabi dengan syariat baru yang akan diutus sesudahnya dan nabi tersebut adalah dari kalangan saudara bani Israil. Nabi ini adalah sepertimana Nabi Musa as membawa syariat baru kepada umatnya.

Nubuatan ini dinisbahkan oleh umat Kristian sebagai nubuatan kepada Jesus. Namun apabila dianalisa satu persatu tidak ada satupun ciri-ciri dalam nubuatan tersebut sesuai untuk Jesus. Pembahasan terperinci mengenai nubuatan ini sepertimana yang terkandung dalam Alkitab adalah seperti berikut:
1. Nabi dijanjikan itu adalah Nabi yang membawa syariat baru. Jesus bukan seorang nabi yang membawa syariat dan Jesus sendiri membuat penafian.

Matius 5 : 17 -18
Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

Para pengikut Jesus mengatakan seperti berikut:

Galatia 3 : 12 - 13
Tetapi dasar hukum Taurat bukanlah iman, melainkan siapa yang melakukannya, akan hidup karenanya. Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!"

Oleh itu Jesus tidak meletakkan dirinya sebagai nabi yang membawa syariat baru dan pada masa yang sama pengikut Jesus beranggapan bahawa syariat baru merupakan sesuatu yang terkutuk. Oleh itu daripada pengakuan Jesus dan pengikutnya bahawa Jesus tidak memenuhi nubuatan dalam Ulangan 18 : 18.

2. Nabi yang dijanjikan itu dibangkitkan BUKAN dari kalangan Bangsa Israil tetapi dari kalangan saudara mereka dan Jesus adalah dari bangsa Israil. Nubuatan itu bercakap tentang BRETHREN (Bahasa Inggeris) iaitu merujuk kepada SAUDARA  dari sesuatu bangsa yang lain daripada bangsa Israil. Jesus adalah dari bangsa Israil sama dengan Nabi Musa as. Oleh itu nubuatan ini bukan untuk Jesus dan disamping itu pula Jesus dipercayai sebagai anak Allah dan Jesus tidak mempunyai ayah dari seorang menusia biasa. Hasilnya nubuatan ini jauh menyimpang dari sasaran ditujukan kepada Jesus.
3. Dalam nubuatan ini disebutkan “Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya”. Setelah dianalisa dengan teliti maka terbukti bahawa kandungan Injil bukanlah kata-kata Allah yang masukan ke dalam mulut Jesus. Ianya hanyalah sekadar cerita-cerita yang disampaikan tentang dikatakan atau dilakukan oleh Jesus dalam rangka waktu tidak lebih dari tiga tahun. Fakta ini juga menjelaskan bahawa nubuatan tersebut bukanlah untuk Jesus.
4. Orang yang dijanjikan dalam nubuatan tersebut adalah untuk menjadi Nabi. Sebaliknya Kristian memaparkan Jesus adalah bukan seorang Nabi tetapi Anak Allah. Sekali lagi Jesus tidak mematuhi perihal nubuatan dalam Ulangan 18: 18
5. Nubuatan menjelaskan, “...segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku...” Namun Injil sama sekali tidak mengandungi dakwaan Jesus bahawa dia telah menerima firman daripada Allah dan diperintahkan firman tersebut untuk disampaikan kepada pengikutnya.
6. Nubuatan ini juga mengandungi kata, “...ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku perintahkan kepadanya...”. Oleh itu Nabi yang dijanjikan akan memberikan ajaran yang lengkap. Dalam hal ini Jesus sendiri beranggapan dirinya hanyalah perintis kepada kapada ajaran yang dibawa oleh Nabi yang lebih agung iaitu nabi yang dijanjikan itu.

Yohanes 16 : 12 -13
Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran sebab Ia tidak akan BERKATA-KATA dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.

Berdasarkan kepada ayat ini adalah jelas bahawa nubuatan dalam Ulangan 18 : 18 tidak dipenuhi oleh Jesus. Kesimpulan yang jelas ialah kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru menubuatkan seorang Nabi yang bakal memimpin dunia kepada segala kebenaran dengan menegakkan nama Allah di muka bumi ini sepanjang masa. Jika kajian tentang Nabi yang dijanjikan itu di luar daripada era Jesus dengan menggunakan kriteria yang sama akhirnya akan ditemui bahawa nubuatan tersebut hanya sesuai dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw bersama kitab suci Al Quran. Fakta-fakta berikut mendukung nubuatan tersebut:
i. Nabi Muhammad saw adalah keturunan dari Nabi Ismail. Keturunan Nabi Ismail adalah kerabat (BRETHREN – fahami sebenar-benarnya kata bahasa Inggeris ini) dari keturunan Nabi Ishak iaitu Bani Israil.
ii. Hanya Nabi Muhammad saw sahaja yang mendakwakan dirinya sama dengan Nabi Musa as. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu, seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu, sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul (Al Muzammil : 16).
Sungguh banyak persamaan yang unik di antara Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw yang mana tidak ada pada nabi-nabi lainnya. Untuk penjelasan di sini disebutkan tiga persamaan paling utama disentuh di sini:
a. Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw terpaksa berhijrah dari tanah air mereka ke negeri lain bersama pengikut mereka. Jesus tidak berhijrah.
b. Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw terpaksa berperang mempertahankan agama Allah. Jesus tidak berperang.
c. Yang terpenting sekali ialah Nabi Musa as dan Nabi Muhammad saw adalah nabi yang membawa syariat baru. Jesus tidak membawa syariat baru, Jesus meneruskan hukum Taurat.

iii. Berdasarkan kepada nubuatan tersebut, orang yang dijanjikan itu mestilah seorang Nabi. Nabi Muhammad saw mendakwakan dirinya sebagai Nabi tetapi Jesus menurut keyakinan umat Kristian tidak pernah mendakwakan dirinya sebagai seorang nabi, sebaliknya Jesus mendakwakan dirinya sebagai Kristus.

Markus 8 : 27-30

Kemudian Yesus beserta murid-murid-Nya berangkat ke kampung-kampung di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Ia bertanya kepada murid-murid-Nya, kata-Nya: "Kata orang, siapakah Aku ini?" Jawab mereka: "Ada yang mengatakan: Yohanes Pembaptis, ada juga yang mengatakan: Elia, ada pula yang mengatakan: seorang dari para nabi." Ia bertanya kepada mereka: "Tetapi apa katamu, siapakah Aku ini?" Maka jawab Petrus: "Engkau adalah Mesias!". Lalu Yesus melarang mereka dengan keras supaya jangan memberitahukan kepada siapapun tentang Dia.

Jesus menafikan dirinya samada sebagai Yohanes Pembaptis atau Elia atau salah seorang dari para nabi. Oleh itu nubuatan dalam Ulangan 18 : 18 adalah merujuk kepada nabi umat Islam bukan Jesus.


iv. Nubuatan menjelaskan bahawa nabi yang dijanjikan itu akan berkata-kata berdasarkan kepada apa yang telah diperintahkan kepadanya oleh Allah. Sebaliknya nubuatan dalam Perjanjian Lama, kitab Injil mengakui bahawa Jesus tidak menyampaikan segala sesuatu yang diterimanya daripada Allah. Oleh itu pasti ada orang lain yang dimaksudkan sesudah Jesus yang mana akan menyampaikan kata-kata yang datangnya daripada Allah sepertimana dimaksudkan dalam Yohanes 16 : 12 -13 “Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran sebab Ia tidak akan BERKATA-KATA dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.” Nabi Muhammad saw adalah yang sesuai kepada nubuatan tersebut. Al quran menjelaskan dalam Al Maidah : 67, “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.” Ayat ini seolah-olah menggambarkan, “Wahai Nabi, terdapat nubuatan lama tentang Engkau yakni apabila Engkau sudah diutus ke dunia ini Engkau akan memberikan kepada dunia segala kebenaran yang Engkau terima daripada Tuhan. Oleh itu sempaikan kepada dunia segala yang diwahyukan kepada mu samada disukai atau tidak disukai oleh umat manusia. Selanjutnya ayat yang diwahyukan berkaitan penyempurnaan Al quran menjelaskan dalam Al Maidah : 3, “...Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”  Ini bermakna, melalui Al quran yang diwahyukan  oleh Allah swt, akidah untuk seluruh umat manusia telah menjadi sempurna dan anugerah petunjuk juga turut sempurna. Nabi umat Islamlah yang telah mengajarkan segalanya dengan lengkap. Manakala pada zaman Jesus, umat manusia belum bersedia menerima dan menyakini segala perintah agama sepenuhnya yang memberi faedah kepada diri mereka. Namun berbeda pada zaman Nabi Muhammad saw umat manusia telah mengalami dan mencapai evolusi kerohanian di tahap tinggi dan saatnya telah tiba di mana segala pelajaran berkaitan kerohanian dan keimanan daripada Allah swt perlu di sampaikan ke seluruh dunia.
v. Nubuatan “... yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku...” Nubuatan ini telah juga digenapi dalam diri Nabi Muhammad saw. Nabi inilah satu-satunya yang bercakap di atas nama Allah sebab ini terbukti apabila setiap surah diwahyukan dalam Alquran bermula dengan kata, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang”. Tanda agung ini terdapat dalam Al quran dan ini membuktikan peringkat terakhir kemajuan KEROHANIAN yang dibunuatkan oleh Nabi Musa as adalah benar dengan diutusnya Nabi Islam iaitu Nabi Muhammad saw.

Dalam nubuatan Ulangan 18 : 20 memberikan kriteria penting iaitu “... Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Ku perintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama Allah lain, nabi itu harus mati.” Dalam  ayat ini menjelaskan perbedaan pendakwa yang bernar atau palsu  sebagai nabi yang dijanjikan itu.  Kriteria ini adalah penting agar orang beriman dapat mengenal pendakwa yang benar sebagai nabi yang dijanjikan itu. Pendakwa palsu akan menerima azab Allah dan akan mati dalam keadaan terhina. Nabi Islam telah membuat dakwaan dengan jelas tentang misinya sebagai seorang nabi. Nabi Muhammad mengumandangkan dakwaannya kepada dunia adalah pada saat masih lemah dan tidak mempunyai pengikut. Mereka yang memusuhinya dalam jumlah yang ramai  dan kuat berusaha dengan sedaya upaya menghalang kemajuan agama Islam tetapi yang berada di pihak kejayaan adalah utusan Tuhan, Nabi Muhammad saw. Setelah kewafatannya seluruh tanah Arab telah menerima Islam dan beberapa tahun sesudah itu para khalifahnya menyebarkan Islam ke negara-negara yang termasyhur pada waktu itu.

Umat Yahudi, Kristian dan Islam sama-sama percaya bahawa Nabi Musa as adalah nabi yang benar dan nubuatan dalam Ulangan 18 : 18 adalah wahyu dari Allah swt. Persoalan ditimbulkan, adakah kejayaan yang tidak diduga dan kegagalan di pihak musuh yang jauh amat kuat dalam pelbagai segi merupakan satu kebetulan? Jawapan kepada persoalan ini adalah BUKAN KEBETULAN sebab di dalam Al quran Allah telah berjanji dan memberi jaminan dalam Al Maidah : 68, “...dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia…”

Nabi Muhammad saw melalui wahyu yang diterimanya daripada Allah swt memberitahu dunia bahawa Tuhan akan melindunginya daripada serangan-serangan para musuhnya. Nabi Muhammad saw memberitahu lebih awal disebabkan dialah Nabi yang dinubuatkan dalam Ulangan 18 : 18 maka kejayaan misinya adalah sesuatu yang pasti. Ringkasnya 1,900 tahun sebelum kedatangan  Nabi Islam, Nabi Musa as telah memberitahu bahawa syariat yang dibawanya di atas ketentuan Allah swt bukanlah syariat yang terakhir. Dunia memerlukan syariat yang lebih lengkap di masa akan datang. Bagi mencapai misi ini, Allah swt perlu mengutus seorang rasul dan rasul ini akan mengajar seluruh kebenaran kepada dunia. Rasul inilah yang akan menamatkan peringkat akhir kemajuan kerohanian umat manusia. Nabi yang dijanjikan sesudah Nabi Musa as turut dinubuatkan dalam Ulangan 33 : 2, “Berkatalah ia: "TUHAN datang dari Sinai  dan terbit kepada mereka dari Seir;  Ia tampak  bersinar dari pegunungan Paran dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya tampak kepada mereka api yang menyala.”

Dalam ayat ini Nabi Musa as menjanjikan tiga menifestasi Kebesaran Tuhan seperti berikut:
a. Pertama akan kelihatan dari SINAI yang mana manifesasi Kebesaran Tuhan ini  terjadi pada zaman Nabi Musa as. Dunia telah menyaksikan keberkatan yang datang bersamanya.
b. Kedua akan kelihatan dari SEIR. Tempat ini adalah tempat di mana mukjizat Jesus berlaku. Bangkit dari SEIR merujuk kepada diutusnya Jesus. Para  pandeta Kristian menyamakan SEIR dengan SINAI tetapi ini adalah sesuatu yang salah sebab SEIR adalah satu tempat yang menjadi sebahagian daripada Palestin. Oleh itu SEIR adalah satu tempat di mana menifestasi Kebesaran Tuhan buat kedua kalinya muncul. Beranggapan bahawa SEIR dan SINAI adalah sama bermakna merujuk kepada Nabi Musa as dan ini tidak tepat sebab Nabi Musa as tidak pernah sampai ke Kanaan. Nabi Musa as meninggal di satu lokasi di mana dia hanya mampu melihat sempadan negeri Kanaan dari jauh. Samada selepas Nabi Musa as atau sebelum Jesus, tidak ada Kebesaran Tuhan yang berlaku yang boleh dinisbahkan kepada Sinai. Muncul dari SEIR adalah bermakna diutusnya Jesus di negeri Kanaan. Melaluinya Allah swt memperlihatkan sekali lagi Kebasarannya buat kali kedua.
c. Ketiga akan kelihatan Kebesaran Tuhan dari Paran. Dalam hal ini  adalah penting kembali merujuk kepada Perjanjian Lama  di mana anak Abram bernama Ismail menetap di satu tempat yang dikenali sebagai Paran. Menurut ahli Geografi Arab nama Paran ini merujuk kepada bukit-bukau yang terdapat di antara Mekah dan Madina, ahli Geografi Arab ini kebiasaanya mengenali tempat ini sebagai Wilayah Faran.

NUBUATAN DALAM HABAKUK

Keluaran 19 : 20
“Lalu turunlah TUHAN ke atas gunung Sinai, ke atas puncak gunung itu, maka TUHAN memanggil Musa ke puncak gunung itu, dan naiklah Musa ke atas.”

Habakuk juga menubuatkan tentang kedatangan seorang nabi hampir 627 tahun sebelum Jesus dilahirkan sepertimana terdapat dalam Habakuk 3 : 3-7, “Allah datang dari negeri Teman dan Yang Mahakudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya. Ada kilauan seperti cahaya, sinar cahaya dari sisi-Nya dan di situlah terselubung kekuatan-Nya. Mendahului-Nya berjalan penyakit sampar dan demam mengikuti jejak-Nya. Ia berdiri, maka bumi dibuat-Nya bergoyang; Ia melihat berkeliling, maka bangsa-bangsa dibuat-Nya melompat terkejut, hancur gunung-gunung yang ada sejak purba, merendah bukit-bukit yang berabad-abad; itulah perjalanan-Nya berabad-abad. Aku melihat kemah-kemah orang Kusyan tertekan, kain-kain tenda tanah Midian menggetar.”

Dalam Ulangan menyatakan tiga manifestasi Kebesaran Tuhan kelihatan di Sinai, Seir dan Paran sepertimana telah dibahas sebelumnya. Walaubagaimanapun nubuatan Habakkuk hanya menyebut dua manifestasi yang kelihatan di TEMAN dan PARAN. Teman adalah satu tempat berhampiran dengan Jesusalem iaitu satu kawasan di mana Jesus pernah menyampaikan syarahannya. Oleh sebab Habakuk telah ditulis selepas Nabi Musa as maka nubuatannya adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku sesudah ketiadaannya. Nabi Musa sa menggenapi manifestasi pertama seperti yang termaktub dalam Ulangan.

Berdasarkan kepada nubuatan dalam Ulangan dan Habakuk adalah satu bukti tentang kehadiran Jesus di Seir bukan merujuk berakhirnya tahap proses perkembangan KEROHANIAN/SPIRITUAL umat manusia. Semestinya disusuli oleh kemunculan seorang nabi dari Paran sebagai bukti manifestasi Kebesaran Tuhan yang ketiga seperti yang dijanjikan dalam Ulangan. Nabi tersebut mesti memanifestasikan keindahan dan keagungan Tuhan dan membawa syariat  lengkap kepada dunia bukan sahaja tentang berita kemaafan.

Analisa terperinca berkaitan  nubuatan dalam Habakkuk membuktikan bahawa nabi yang akan muncul di Teman dan Paran adalah Jesus dan Nabi Muhammad saw. “Feiry Law” adalah membawa maksud KITAB SUCI AL QURAN yang mana memiliki kuasa membersihkan dosa dan membenteras pengaruh setan.

Sesungguhnya Nabi Musa as bersabda dalam Ulangan iaitu 10,000 orang suci akan bersama dengan nabi yang dijanjikan itu muncul di Paran. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw lah yang muncul di Paran dan bergerak ke Mekah  dengan 10,000 pengikut. Bukan Nabi Musa as atau Nabi Daud as dan bukan juga Jesus yang dapat menggenapi Nubuatan agung ini. Tidak seorangpun yang muncul di Paran dan tidak pula seorang pun yang bergerak dengan kemenangan bersama dengan 10,000 pengikut.

Berdasarkan kepada Perjanjian Baru, Jesus hanya mempunyai 12 orang pengikkut. Satu orang pengikutnya belot dan satu orang lagi mengutuknya sebab takut dianiaya atau disiksa. Menurut Injil 10 orang pengikut yang masih tersisa juga meninggalkan Jesus ketika Jesus disalib, ini adalah kisah yang menyanyat dan meruntun hati.

Tanda lain dalam nubuatan Habakuk menyatakan bahawa Nabi Yang Dijanjikan itu dianugerahkan dengan pujian, Habakkuk 3:3 “Allah datang dari negeri Teman dan Yang Mahakudus dari pergunungan Paran. Sela, Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya.”

Ini bukanlah kebetulan bahawa Nabi Islam telah dinamakan MUHAMMAD yang bererti YANG TERPUJI. Malahan nubuatan selanjutnya menjelaskan dalam Habakkuk 3:5, “Mendahului-Nya berjalan penyakit sampar dan demam mengikuti jejak-Nya.” Tanda dalam nubuatan ini juga telah digenapi dalam diri Nabi Islam ini. Sungguh benar wabak penyakit menyebabkan kehancuran kepada mereka yang memusuhi nabi yang dijanjikan ini. Dalam koteks ini musuh Nabi yang dijanjikan ini akan mengalami kehancuran yang  dahsyat disebabkan sifat permusuhan yang ada dalam diri mereka.

Nubuatan seterusnya menyatakan bahawa Nabi Yang Dijanjikan Habakkuk 3 : 6 “Ia berdiri, maka bumi dibuat-Nya bergoyang; Ia melihat berkeliling, maka bangsa-bangsa dibuat-Nya melompat terkejut, hancur gunung-gunung yang ada sejak purba, merendah bukit-bukit yang berabad-abad; itulah perjalanan-Nya berabad-abad.” Samada Nabi Musa atau Jesus tidak dapat menggenapi nubuatan ini. Nabi Musa as wafat ketika masih menghadapi musuhnya dan Jesus pula telah disalib. Oleh itu nabi yang dapat menyaksikan dan menghacurkan bangsa-bangsa adalah Nabi Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda  bahawa, “kehadiranku menakjubkan dan aku telah dibantu bukan sedikit oleh sifat menakjubkan itu. Orang yang berada jauh gerun kepadaku sehingga dalam jarak satu bulan perjalanan.” Selanjutnya nubuatan memberikan bukti tentang nabi yang dijanjikan itu, Habakkuk 3:6 “...hancur gunung-gunung yang ada sejak purba, merendah bukit-bukit yang berabad-abad...” ini juga melambangkan kemenangan yang dicapai oleh Islam ke atas musuh yang gagah perkasa iaitu empayar Rom yang dianggap kuasa besar seperti GUNUNG dan emapayar Persia seperti BUKIT.

Nubuatan ini dapat diakhiri dengan satu lagi tanda iaitu Habakuk 3:7, “Aku melihat kemah-kemah orang Kusyan tertekan, kain-kain tenda tanah Midian menggetar.”  Nubuatan bahagian ini jelas menunjukan nabi yang dijanjikan itu adalah berasal dari luar Syria sebab mereka yang menderita dan ketakutan oleh perajurit nabi yang dijanjikan itu berada di Kusyan dan Midian. Nubuatan ini tidak dapat dinisbahkan kepada Nabi Musa as atau Jesus. Sejarah merakamkan pada zaman Khalifah Abu Bakar dengan ketenteraan bersaiz kecil dan kelengkapan yang serba ketinggalan telah menawan Palestin yang mana pada waktu itu di bawah kekuasaan Empayar Kaisar Rom. Kekuasaan Kaisar Rom ini meliputi separuh daripada dunia pada waktu itu. Kekuatan Ketenteraan empayar Rom yang luar biasa telah dikalahkan oleh tentera muslim yang serba kekurangan. Itulah yang dimaksudkan  “Aku melihat kemah-kemah orang Kusyan tertekan, kain-kain tenda tanah Midian menggetar.” Peduduk negeri ini mendapati jaminan keselamatan mereka adalah dengan meletakkan senjata di hadapan pengikut Nabi yang dijanjikan itu.

NUBUATAN DALAM KIDUNG AGUNG

Dalam Kidung Agung 5 : 10-16 “Putih bersih dan merah cerah kekasihku, menyolok mata di antara selaksa orang. Bagaikan emas, emas murni, kepalanya, rambutnya mengombak, hitam seperti gagak. Matanya bagaikan merpati pada batang air, bermandi dalam susu, duduk pada kolam yang penuh. Pipinya bagaikan bedeng rempah-rempah, petak-petak rempah-rempah akar. Bunga-bunga bakung bibirnya, bertetesan cairan mur. Tangannya bundaran emas, berhiaskan permata Tarsis, tubuhnya ukiran dari gading, bertabur batu nilam Kakinya adalah tiang-tiang marmar putih, bertumpu pada alas emas murni. Perawakannya seperti gunung Libanon, terpilih seperti pohon-pohon aras. Kata-katanya  manis semata-mata, SEGALA SESUATU PADANYA MENARIK (HE IS ALTOGETHER LOVELY). Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri Yerusalem.”

Nubuatan ini menjanjikan seorang nabi yang lebih agung dari yang lain, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada yang lain. Ini disebabkan penerangan yang membayangkan kegembiraan dalam Kidung Agung adalah sebagai jawapan kepada persoalan yang datang dari Kidung Agung 5:9 “Apakah kelebihan kekasihmu dari pada kekasih yang lain, hai jelita di antara wanita? Apakah kelebihan kekasihmu dari pada kekasih yang lain, sehingga kau sumpahi kami begini?”

Dalam Kidung Agung versi Hebrew terdapat kata MOHAMMAD-IM telah digantikan dengan perkataan bahasa Inggeris HE IS ALTOGETHER LOVELY. Kenapa pekataan ini digantikan? Apa sebabnya?

Adalah dikatakan bahawa KEKASIHKU muncul seperti panji badera di antara 10,000 orang. Panji bandera ini melambangkan seorang kesatria yang mengetuai pasukan yang terdiri daripada 10,000 dalam satu peristiwa agung.

Penjelasan mengenai KEKASIHKU berlanjutan sebagai Bunga-bunga bakung bibirnya, bertetesan cairan mur. Cairan mur ini adalah sejenis bahan seperti kanji memiliki rasa yang amat tidak menyenangkan tetapi mempunyai bau yang harum semerbak. Ianya amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan pencuci pembasmi kuman, merawat luka dan bahan pewangi.

KEKASIHKU juga dikatakan sebagai SEGALA SESUATU PADANYA MENARIK (Dalam bahasa Hebrew MUHAMMAD-IM). Ini menandakan tingkahlaku dan peribadinya yang mempersonakan sesiapa sahaja. Nubuatan ini hanya sesuai ditujukan kepada nabi yang dijanjikan itu yang mengetuai pasukan 10,000 orang suci begerak maju dengan kemenangan dari tanah tinggi Paran menuju lembah Mekah, tepat sekali sepertimana dinubuatkan oleh Nabi Musa as. Dialah Nabi Islam yang membawa ajaran seperti cairan mur kepada dunia. Memberi rasa yang menyakitkan tetapi menghasilkan kesan keindahan nyaman yang berterusan sepanjang zaman. Menganjurkan  prinsip dan peraturan demi kemakmuran umat manusia namun ianya amat menggugat ketenteraman bangsa yang tidah mahu menerimanya. Akhir kata, KEKASIHKU dialah yang digelar Muhammad saw.

Selanjutnya nubuatan Kidung Agung 1 : 5, “Memang hitam aku, tetapi cantik, hai puteri-puteri Yerusalem, seperti kemah orang Kedar, seperti tirai-tirai orang Salma. Janganlah kamu perhatikan bahwa aku hitam, karena terik matahari membakar aku.” Nabi Sulaiman as menubuatkan bahawa Nabi yang dijanjikan itu berasal dari Selatan, nabi itu dan orang-orangnya berwana kulit lebih gelap berbanding dengan keturunan Nabi Ishak. Sedia maklum bahawa orang-orang Palestin berwarna kulit lebih cerah berbanding dengan orang-orang Arab. Oleh itu Nabi yang dijanjikan itu adalah dari keturunan bangsa Arab yang memang dikenali berwarna kulit gelap.

Seterusnya Kidung Agung 1: 6, “Putera-putera ibuku marah kepadaku, aku dijadikan mereka penjaga kebun-kebun anggur; kebun anggurku sendiri tak ku jaga.” Nabi Sulaiman menjelaskan karakter masyarakat di mana Nabi yang dijanjikan itu muncul. Sebelum kedatangn Nabi Islam, masyarakat Arab tidak bercita-cita tinggi atau rajin bekerja. Mereka bekerja mengambil upah dari orang-orang Rom atau Persia. Mereka tidak ambil peduli dengan kemajuan diri dan negara sendiri. Setelah diutusnya nabi yang dijanjikan itu, masyarakat Arab bangkit dari tidur nyenyaknya. Akibatnya Arab menjadi peneraju dalam segala bidang kemajuan bermula daripada spiritual hingga kepada intelektual dan politikal. Orang Arab bukan sahaja menjadi penjaga kepada ladang anggurnya sendiri malahan ladang anggur di seluruh dunia, di sinilah letaknya zaman kegemilangan Islam selama 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw. Ini adalah rakaman sejarah yang tidak akan dapat dipadamkan, dunia Barat mengakuinya dan kemajuan yang dikecapi dunia Barat adalah limpahan ilmu daripada dunia Islam lebih seribu tahun yang lampau.

Terlalu banyak nubuatan dalam Kidung Agung Nabi Sulaiman.

NUBUATAN DALAM YOHANES

Nubuatan dalam  Yohanes 15:26, "Aku akan mengutus kepadamu Penolong (PARACLETE – Dalam bahasa Yunani) yang berasal dari Bapa. Dialah Roh yang akan menyatakan kebenaran tentang Allah. Apabila Ia datang, Ia akan memberi KESAKSIAN tentang Aku." Masksud ayat ini ialah sememangnya dan tidak dapat dinafikan Nabi Muhammad saw bersaksi tentang Jesus sepertimana dituntut dalam rukun iman. Agama Islam telah menetapkan seseorang tidaklah dia seorang muslim jika tidak mengimani semua rasul-rasul yang diutus oleh Allah swt termasuk Jesus. Jesus adalah seorang utusan Allah swt dan dia juga Messiah kepada bani Israil. Manakala umat Kristian menganggap Jesus sebagai Anak Allah dan juga Allah.

Demikian pula dalam Yohanes 16 : 7-8, "Namun benar yang Ku katakan ini kepada mu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika aku pergi. Sebab jikalau aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada mu, tetapi jikalau aku pergi, aku akan mengutus Dia kepada mu. Kalau Ia datang, Ia akan menyatakan kepada dunia erti sebenarnya dari dosa, dari apa yang benar, dan dari hukuman Allah."

Umat Kristian berpendapat bahawa PENOLONG ialah Roh Kudus. Jika dianalisa dengan saksama pendapat ini tidak dapat diterima sebab Jesus sendiri berkata, "Jikalau aku tidak pergi, penolong itu tidak akan datang". Jika penolong itu ditafsirkan sebagai Roh Kudus, bagaimana ianya dikatakan tidak datang sedangkan umat Kristian bekeyakinan bahawa Roh Kudus SENTIASA bersama Jesus dan murid-muridnya? Oleh yang demikian penolong itu bukanlah Roh Kudus sepertimana yang difahami oleh umat Kristian. Penolong di sini ditujukan kepada nabi yang dijanjikan dalam Ulangan 18 : 18.

Umat Islam berkeyakinan bahawa Roh Kudus adalah merujuk kepada Malaikat Jibril iaitu malaikat yang ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada utusan Allah swt. Oleh itu Roh Kudus alias Jibril tidak akan menyampaikan wahyu kepada utusan Allah iaitu yang digelar sebagai PENOLONG yakni Nabi Muhammad saw selagi Jesus masih ada. Setelah Jesus tidak ada maka akan datang penolong itu dan seterusnya akan ada wahyu baru. Oleh itu Jesus mesti pergi dan PENOLONG Nabi Muhammad saw akan datang.

Selanjutnya, "Kalau ia datang, ia akan menyatakan kepada dunia erti sebenarnya dari dosa, dari apa yang benar, dan dari hukuman Allah. Akan dosa, karena mereka tidak percaya kepada-Ku" yang bererti mereka tidak percaya kepada Yesus sebagai messiah sebagaimana diramalkan dalam gospel. “Akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat aku lagi.” Dengan kata lain, jika tidak ada rasul yang diutus, maka manusia akan kehilangan arah. “Tetapi apabila ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab ia tidak akan berkata-kata dari dirinya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengarnya itulah yang akan dikatakannya." Nubuatan ini adalah sama seperti yang tertulis dalam Ulangan 18:18, bahwa "Ia tidak akan berkata-kata dari dirinya sendiri, dia tidak berbicara oleh kemahuannya sendiri, dia berbicara dari apa yang diwahyukan kepadanya.” Yesus terus mengulang-ulang kata itu. "Dan dia akan menunjukkanmu hal-hal yang akan datang" yang bererti nubuatan-nubuatan Nabi Muhammad tentang masa depan. “Ia akan memuliakan Aku”  yang bererti dia akan berbicara jujur tentang siapa Jesus yang sebenarnya “Sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari padaku.”

Oleh itu gambaran Sang Penolong amat tepat merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Di masa akan datang Nubuatan tentang Nabi Muhammad saw boleh dihuraikan dari kitab Perjanjian Lama seperti:
1. Isaiah
2. Jeremiah
3. Daniel

KESIMPULAN

Umat Kristian boleh memberikan pelbagai alasan untuk menolak nubuatan yang dijelaskan di atas. Walau bagaimanapun satu fakta yang tidak dapat ditolak adalah tentang seseorang yang memimpin 10,000 pengikut orang suci. Fakta ini hanya boleh ditujukan kepada Nabi Muhammad saw. Jika umat Kristian tidak mahu berkompromi dan masih merujuk kepada Jesus sebagai peribadi yang terkandung dalam nubuatan kitab Agama Hindu, Buddha dan Bible seperti yang dijelaskan di atas, maka tidak ada cara lain umat Kristian mesti membuktikan bahwa Jesus tidak mempunyai pengikut seramai 12 orang tetapi 10,000 orang atau lebih di zaman hidupnya.

Dapatlah disimpulkan Muhammad saw adalah seorang nabi utusan Tuhan. Disebabkan Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah swt maka bebas bersih dari segala tohmahan NEGATIF yang dilemparkan.

Jika para penganut lain-lain agama termasuk Kristian beryakinan bahawa hanya ada satu Tuhan yang berkuasa dalam dunia ini, maka Tuhan itu adalah juga Tuhannya Nabi Muhammad saw. Tuhan yang sama jugalah telah menurunkan agama Islam sebagai syariat terakhir untuk pegangan hidup umat manusia. Oleh itu umat Kristian dan umat agama lain seperti Hindu dan Buddha tidak ada pilihan kecuali menurut perintah kitab agama mereka untuk menerima ISLAM.

SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI.

Download eBook in PDF Format
 

Ulasan

© 2020 Info Ahmadiyah

Designed by Open Themes & Nahuatl.mx.