KESILAPAN BESAR ULAMA
Kebangkitan Islam adalah terletak kepada Imam Mahdi, Nabi Isa as dan sokongan seluruh umat Islam kepada dua sosok hebat ini dalam memperjuangkan kemajuan agama Islam. KESILAPAN BESAR ULAMA menyebabkan kedua-dua sosok hebat ini menghadapi penentangan luar biasa dari para ulama dan umat Islam sendiri.
KESILAPAN BESAR ULAMA menyebabkan perpaduan ummah di bawah naungan Imam Mahdi atau Nabi Isa terhalang dan terbantut. Ulama telah memberikan fahaman salah kepada umat Islam berkenaan dengan perkara di bawah:
i. Perngertian Akhir Zaman
ii. Dajjal dan Yajuj Majuj
iii. Nabi Isa as
iv. Imam Mahdi
Imam Mahdi, Nabi Isa as, Dajjal dan Yajuj Majuj dijanjikan kemunculannya di akhir zaman. Namun jika umat Islam sudah berada dalam era akhir zaman dan mereka pula tidak mengenali era akhir zaman itu tetapi sebaliknya masih menunggu era akhir zaman maka sudah pasti Imam Mahdi dan Nabi Isa yang sudah diutus pada waktu itu akan ditolak dan ditentang oleh ulama dan umat Islam sendiri.
Namun kesilapan ulama, Imam Mahdi dan Nabi Isa as akan ditolak malahan ditentang disebabkan fahaman salah yang mana selama ini telah dipromosikan oleh ulama. Fahaman yang salah berkenaan dengan Dajjal dan Yajuj Majuj yakni makhluk perosak iman menyebabkan umat Islam tidak mampu mengenalinya malahan akan bersahabat dengan mereka dan lebih parah lagi umat Islam mengajak mereka masuk ke dalam rumah. INI ADALAH KESALAHAN BESAR ULAMA.
Ringkasnya, di akhir zaman akan muncul Dajjal dan Yajuj Majuj adalah perosak Iman dan penyesat. Kemudian Imam Mahdi dan Nabi Isa as diutus oleh Allah swt untuk melawan Dajjal dan Yujuj Majuj.
PERSOALANNYA:
1. Apakah era akhir zaman belum tiba masanya?
Jawapannya, SUDAH.
2. Apakah akan berlaku peperangan besar yang melibatkan senjata pemusnah di antara Imam Mahdi dan Nabi Isa as di satu pihak dan Dajjal serta Yajuj Majuj di pihak yang lain.
Jawapannya, TIDAK.
3. Apakah benar Dajjal dan Yajuj Majuj sejenis makhuk yang ganjil, luar biasa saiz tubuhnya, gagah perkasa amat menggerunkan?
Jawapannya, TIDAK.
4. Apakah Imam Mahdi dan Nabi Isa as dua sosok yang berlainan dan berganding bahu serta saling bantu membantu untuk melawan Dajjal dan Yajuj Majuj?
Jawapannya, TIDAK.
5. Jika era akhir zaman sudah tiba, apakah Dajjal dan Yajuj Majuj sudah muncul?
Jawapannya, SUDAH.
6. Jika era akhir zaman sudah tiba, apakah Imam Mahdi dan Nabi Isa as sudah diutus?
Jawapannya, TERUSKAN MEMBACA pendedahan seterusnya
Silakan klik KESILAPANBESAR ULAMA SIRI 1
PERHATIAN
Nombor ayat Al quran dalam artikel seterusnya adalah beza satu ayat berbanding Al Quran biasa disebabkan “Bismillah” dikira sebagai ayat nombor 1.