Langkau ke kandungan utama

Menjawab Tuduhan Pelanggaran Sumpah Rasulullah SAW.


*MENJAWAB TUDUHAN PELANGGARAN SUMPAH RASULULLAH SAW*
Oleh: Alimuddin Zafrullah (Muslim dari komuniti Ahmadiyah)

Artikel ini cuba menjawab pertuduhan sebuah artikel pertuduhan yang bertajuk *Erti Sumpah Bagi Seorang Muhammad SAW*.

Secara langsung artikel pertuduhan tersebut cuba menjatuhkan peribadi dan kredibiliti Rasulullah SAW sebagai Nabi Suci.

Tapi, benarkah pertuduhan yang dilakukan itu? Ayuh kita teliti satu per satu bukti yang dibawa:

*1. Pelanggaran Piagam Madinah*
Jawapan:
- Hal pelanggaran Piagam Madinah tidak dijelaskan secara jelas dalam artikel pertuduhan tersebut.
- Tapi, mungkin artikel tersebut cuba menyentuh peristiwa Bani Qunayqa, Al-Nadir, dan Qurayza.
- Peristiwa sejarah itu banyak ketidakselarian sesama sejarawan dan memerlukan kajian semula sumber-sumber sahih.
- Artikel dalam penerbitan ini akan menjawab semua salah faham tersebut: rujuk halaman 17-20: https://www.alislam.org/topics/reply/2010_spring.pdf

*2. Pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah*
Jawapan:
- Sekali lagi, artikel pertuduhan tersebut tidak menjelaskan peristiwa pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah oleh Rasulullah SAW.
- Perjanjian Hudaibiyah salah satunya adalah gencatan senjata antara Muslimin dan Arab Quraisy pada tahun 628 Masihi.
- Tetapi Arab Quraisy yang sebenarnya melanggar gencatan senjata ini sewaktu Bani Bakr (sekuti Arab Quraisy) menyerang kelompok Muslimin iaitu Bani Khuza'a. (Rujukan: A. Yusuf Ali. Holy Qur'an, Text, Translation and Commentary. 1934: Ripon Press, Lahore. p1390,p1534)

*3. Rasulullah SAW melanggar sumpah dengan meniduri hamba kanak-kanak perempuan sewaktu giliran Hafsyah (ra)*
Jawapan:
- Artikel pertuduhan cuba membuktikannya melalui Surah At-Tahrim ayat 2 (66:2).
- Padahal Surah At-Tahrim tidak ada langsung menceritakan kejadian ini sedemikian.
- Dari bukti-bukti lain juga kita tahu bahawa Rasulullah SAW tidak mempunyai hamba kanak-kanak perempuan.
- Kembali kepada Surah At-Tahrim, surah tersebut menceritakan salah faham antara Rasulullah SAW dan isteri-isterinya.
- Ini terjadi awalnya kerana Aisyah (ra) dan Hafsyah (ra) meminta kesenangan duniawi, lalu diminta juga oleh isteri-isterinya yang lain.
- Rasulullah SAW kemudiannya tersinggung dengan permintaan mereka lalu membuat keputusan untuk tidak menggauli isteri-isterinya selama sebulan (rujuk juga Surah Al-Ahzab ayat 28).
- Allah SWT membebaskan sumpah Rasulullah SAW kerana isteri adalah halal bagi seorang suami, maka tidak boleh diharamkan dengan sumpah, apatah lagi dari hal salah faham semata-mata.
- Ini buktinya konsep sumpah itu tidak boleh melanggar ketetapan dari Allah SWT, apatah lagi bersumpah menjauhi sesuatu kebaikan.

*4. Rasulullah SAW "memperbaiki sumpah" berdasarkan hadis-hadis*
Jawapan:
- Artikel pertuduhan tersebut membawa dua hadis iaitu dari Sahih Bukhari Jilid 7, Buku 67, No. 427 & Sahih Bukhari, Jilid 8, Buku 79, Hadis 710.
- Kedua-dua hadis sebenarnya menceritakan kisah yang sama, maka saya simpulkan jawapan dalam bahagian yang sama di sini.
- Hadis kedua (no. 710) telah diambil secara salah: "Aku akan membatalkan sumpahku yang keliru, dan aku melakukan apa yang lebih baik, atau melakukan apa yang lebih baik dan membuat ‪pembatalan‬."
- Padahal ertinya: "Aku membuat/membayar kafarat terhadap sumpah yang terlarut, dan aku akan melakukan apa yang lebih baik, atau melakukan apa yang lebih baik dan membuat/membayar kafarat."
- Hadis tersebut sebenarnya menceritakan kisah Rasulullah SAW tidak mahu dan tidak mampu memberikan tunggangan (unta) kepada Abu Musa Al-Ash'ari dan kelompoknya: "Demi Allah, aku tidak akan memberi kalian tunggangan (unta) dan aku tidak punya apa-apa untuk menjadi tunggangan kalian"
- Namun, setelah Rasulullah SAW menerima unta, Baginda memberikan tiga ekor unta kepada mereka.
- Kejadian ini dituduh seolah-olah Rasulullah SAW melanggar sumpahnya.
- Tetapi kemudiannya Rasulullah SAW bersabda bahawa apa yang mereka dapatkan (tunggangan) adalah dari Allah dan atas kehendak Allah.
- Ini bukanlah melanggar sumpah seperti pengkhianatan, tetapi mempunyai kisah yang lebih dalam di sebaliknya iaitu memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding sesuatu sumpah yang tidak menguntungkan orang lain.
- Tetapi dalam masa yang sama ini juga menunjukkan bahawa pelanggaran sumpah perlu dibayar kafarat.

*5. Mengenai Nasakh dan Mansukh*
Jawapan:
- Artikel pertuduhan cuba membuktikannya melalui Surah Al-Baqarah ayat 106 (2:106) iaitu: "Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami ‪datangkan‬ yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tiadakah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?"
- Demi memahami ayat di atas, perlu dulu memahami ayat sebelumnya yang menceritakan hal wahyu-wahyu sebelum Rasulullah SAW.
- Maka secara jelas ayat 106 itu merujuk kepada apa-apa wahyu (kitab atau suhuf) sebelum Rasulullah SAW terbatal jika melanggari perintah Al-Quran.
- Kenapa perlu pembatalan? Kerana setiap wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi itu disesuaikan kepada masyarakat dan zamannya.
- Maka perintah dalam Al-Quran pula menyesuaikan semula perintah-perintah yang lama.
- Kami percaya hanya perintah Al-Quran sajalah yang kekal selamanya (dengan memahami konteksnya).

*6. Mengenai menikahi isteri Nabi setelah kewafatannya*
Jawapan:
- Hal ini tidak ada kaitan dengan pelanggaran sumpah sebaliknya cuma sekadar cubaan untuk menjatuhkan peribadi dan kredibiliti Rasulullah SAW.
- Tapi, memang benar Muslimin pada waktu itu tidak boleh menikahi isteri-isteri Rasulullah, cuma perlu difahami konteksnya.
- Bagi Muslimin, isteri-isteri Rasulullah adalah ibu-ibu Rohani. Mana mungkin anak-anak Rohani boleh mengahwini mereka?

*7. Mengenai menikahi Zainab yang merupakan menantu Nabi*
Jawapan:
- Hal ini juga tidak ada kaitan dengan pelanggaran sumpah dan hanya untuk menjatuhkan peribadi dan kredibiliti Rasulullah SAW.
- Tapi, pertuduhan ini menampakkan bahawa artikel pertuduhan tersebut ditulis dengan sambil lewa tanpa kajian sejarah mendalam.
- Zainab (ra) bukanlah menantu Rasulullah SAW.
- Awalnya Zainab (ra) menikahi dengan Zaid bin Haritsah iaitu anak angkat Rasulullah SAW.
- Zaid (ra) bukanlah anak kandung Rasulullah SAW (rujuk Surah Al-Ahzab ayat 40).
- Padahal status anak angkat tidak 100% sama dengan anak kandung dalam beberapa situasi.
- Maka tidak ada salah apabila Rasulullah SAW menikahi Zainab (ra) yang bukan menantunya.
- Bahkan pernikahan Rasulullah SAW dan Zainab (ra) adalah untuk menukar konsep Arab Quraisy waktu itu yang menyamakan status anak kandung dan anak angkat dalam beberapa situasi.

*Kesimpulan:*
- Dalam Islam, sumpah adalah sesuatu yang penting dan mempunyai adab dan tertibnya.
- Namun, ada situasi yang membolehkan pembubaran sumpah (bukan pelanggaran) -- terutamanya jika sumpah tersebut tidak membawa kebaikan kepada orang lain.
- Pembubaran sumpah akan melibatkan pembayaran kafarat seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas.
- Pembayaran kafarat antaranya adalah dengan memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa diberikan kepada keluarga sendiri, atau memberi pakaian, atau memerdekakan seorang hamba, atau berpuasa tiga hari (rujuk: Al-Maidah 5:89)

Ulasan

© 2020 Info Ahmadiyah

Designed by Open Themes & Nahuatl.mx.